Wednesday, July 30, 2008

Panduan Memulakan Perniagaan

Panduan Memulakan Perniagaan

Adakah anda ingin memulakan perniagaan? Apakah yang anda perlu lakukan? Borang apakah yang perlu diisi?

Persoalan berikut mungkin timbul daripada seseorang yang ingin berjinak dalam bidang perniagaan, khususnya perniagaan kecil-kecilan (Enterprise dan Perkongsian). Kepada yang berkenaan, jangan bimbang kerana sebuah buku (e-book) telah dikompil khas untuk membantu golongan seperti anda.

Buku ini menerangkan langkah demi langkah cara memulakan perniagaan, bermula dari pengenalan jenis perniagaan (milikan tunggal, perkongsian, sendirian berhad, berhad) kepada cara pendaftaran, dan langkah yang harus diambil selepas mendaftarkan perniagaan/syarikat anda.

antara proses diterangkan

1) Cara mendaftarkan perniagaan
2) Cara mengisi borang A (P.N.A 1)
3) Borang P.N.A 1A
4) Yuran pendaftaran perniagaan
5) Cara mendapatkan lesen perniagaan
6) Panduan Memilih nama perniagan
7) Apa harus dilakukan selepas mendaftar


Download E-book ini segera! : Panduan Memulakan Perniagaan

Tuesday, July 22, 2008

Sunday, July 20, 2008

TipS Berfesyen

| Tips berpakaian untuk lelaki | Tips berpakaian untuk wanita |
Keterampilan diri seiring dengan tuntutan semasa, lelaki hari ini dilihat mula memberikan perhatian terhadap aspek penampilan diri walau dimana mereka berada. Berpakaian kini tidak lagi hanya menutup tubuh tetapi juga menjadi lambing atau symbol statusseseorang individu. Sebab itulah, jika diperhatikan aliran fesyen tempatan, fesyen lelaki juga turut berubah dari semasa ke semasa.

Cara berpakaian menterjemahkan imej, symbol dan status dan kamu perlu berhati-hati dalam soal berpakain agar tidak kelihatan janggal dan canggung. Untuk itu adalah penting kamu perlu sentiasa tampil elegen dan presentable. Tidak tahu bagaimanakah caranya? Semak beberapa tips di bawah dan pastikan kamu bijak mengenali kelebihan dan kekurangan bentuk badan kamu untuk mengetahui samada sesuai atau tidak dengan penampilan dan diri kamu. Yang paling penting kamu tidak tersalah pilih pakaian.

Pakaian ke tempat kerja

Sebelum mengenakan pakaian ke tempat kerja kamu seharusnya mengambil kira apakah jenis pekerjaan kamu, jawatan kamu, aksesori yang sesuai dan sebagainya

Jenis Pekerjaan
Jika kamu bekerja di sector perbankan atau agen insurans, sebaiknya kamu perlu menjadikan blazer sebagai pakaian harian kerana kamu akan kelihatan lebih berkeyakinan. Sebaliknya jika kamu bekerja sebagai wartawan, pegawai jualan iklan ataupun bekerja di syarikat penerbitan filem, cukup sekadar dengan tampil ‘smart kasual sahaja’.

Jawatan
Jawatan yang dijawat oleh seseorang juga menjadi pengukur pakaian yang perlu dipakai semasa ke pejabat agar ia seiring dengan tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya berjawatan tinggi, seeloknya kamu sentiasa tampil kemas lengkap bertali leher dan blazer

Keperluan Lelaki
Menurut pereka fesyen, Patrick Robinson, antara tips yang boleh kamu jadikan panduan dalam berfesyen , sebaiknya pastikan kamu memiliki kemeja atau kemeja T dari warna-warna lembut dan seluar panjang dari warna gelap sama ada berpotongan lipatan di bahagian hadapan ataupun polos. Sementara itu, bagi lelaki yang bekerja di pejabat yang berhawa dingin, pastikan kamu memiliki jaket untuk menghangatkan tubuh. Dan lengkapkan dengan aksesori lain seperti tali leher, jam tangan, tali pinggang dan sebagainya.

Tampil Lebih Yakin
Dalam berpakaian, kaum lelaki seharusnya tahu apakah pakaian dan gaya pilihan kamu. Ia kerana gaya pilihan tersendiri dapat membantu kamu berasa selesa dengan gaya tersebut. Secara tidak langsung ia akan membuatkan anda sebagai seorang lelaki dapat tampil dengan lebih yakin. Selain itu, kamu juga seharusnya tahu seba sedikit tentang jenis-jenis bahan untuk menghasilkan pakaian tersebut bagi memudahkan kamu menyesuaikannyadengan acara yang bakal kamu hadiri. Misalnya kamu perlu tahu pakaian diperbuat daripada bahan yang berasaskan bulu juga sesuai digayakan oleh lelaki. Manakala pakaian daripada bahan yang tidak kusut pula selalunya menjadi pilihan lelaki kerana apabila ia sesuai untuk digayakan sewaktu ‘out-station’. Pakaian yang diperbuat daripada bahan kapas pulalebih lembut, dingin dan selesa dipakai. Sekiranya anda lebih banyak menghadiri acara formal, lebih baik kamu memilih kemeja daripada bahan kapas. Sementara itu, pakaian yang di datangkan dari bahan ‘polyester’ sudah banyak dipasaran yang terdiri daripada pelbagai jenis. Secara umumnya pakaian dari bahan ‘polyester’ boleh membuatkan kamu tampak lebih seksi.

Ingin bergaya dengan pakaian pejabat? Mari kita dapatkan tip terlebih dahulu. Mungkin ia berguna dan dapat membantu anda menyerlahkan penampilan.

Fesyen WANITA

Bagi wanita bertudung, amat sesuai dengan gaya ringkas dengan blaus berwarna merah hati. dipadankan dengan tudung plan berwarna pink .

Bergaya sederhana dengan pilihan seluar yang tidak begitu banyak poket dan zip. Baju pula santai, selesa dan pastikan gandingannya baju berlengan panjang.Ia akan menyerikan wajah si pemakai dengan gandingan tudung yang sama warna dengan seluar. Sesuai untuk gadis yang bertubuh sederhana.

Bagi wanita yang ingin tampak elegan, baju blaus seperti diatas boleh digayakan untuk bersantai ataupun boleh juga dipakai ketika ke pejabat. Blaus di atas boleh disesuaikan dengan skirt ataupun seluar

Fesyen LELAKI

Satu idea untuk semua. Setiap lelaki perlu memiliki sekurang-kurangnya sehelai pakaian berwarna pink? Selain daripada membanyakkan koleksi warna pakaian anda agar tidak membosankan, warna pink boleh membuatkan penampilan anda lebih berkarisma dan menyerlahkan penampilan anda. Kemeja sporty daripada kombinasi corak berjalur untuk penampilan ranggi.

Si jejaka tampil lebih tampan dengan baju lengan panjang dengan sulaman kotak-kotak didada. Warna lembut memberikan impak romantis pada si jejaka. Sesuai dipadankan dengan jeans ataupun khakis.
Kasual dengan padanan kemeja merah menarik dengan corak bunga abstrak bersama seluar slack tampak bergaya. Walaupun gaya ini kasual tetapi tetap nampak bebas, sesuai untuk menghadiri majlis atau untuk bersantai bersama yang tersayang

Kemeja berjaket daripada kombinasi warna hijau sesuai untuk penampilan pada hujung minggu. Ia sesuai untuk lelaki yang ranggi..


Bergaya dengan kemeja panjang putih dipadankan dengan jeans hitam. Kombinasi dua warna kontras ini memberikan ilham menarik dalam gaya semasa. Biarpun tiada warna semarak cinta, namun penampilan nampak klasik dan bergaya. Walaupun tampil ringkas dan santai namun penampilan buat si jejaka tetap menyerlah dan bergaya. Bagaimana? Tak ingin mancuba?

Kemeja berlengan panjang sesuai untuk penampilan majlis formal. Ia juga sesuai untuk lelaki yang bergaya ke pejabat.

Tuesday, July 15, 2008

Peliknya anak-anak orang kaya....

In my life, I have a number of kenalan who belong to wealthy families. Today, I'm going to talk about one thing that I dislike about some of these rich kids. Many of my rich kenalan have one thing in common, Ego (maybe I should say stupid ego, ego tak bertempat!). What do I mean by ego tak bertempat?A little bit about their background/habit. These rich kids were raised by successful parents. Their parents could be echelons in companies, government organizations or business owners. Many of these kids have attitudes by which they refuse to be assisted by their parents in their career. They refused to work in the same company as their parents do, refused to help their parents run the family business and try to stay away from their parents so people wont say "Alah, dia tu harapkan bapak dia jer nak berjaya".At this point you may wonder what's wrong with having those attitudes. You're right. There's nothing wrong. The only thing that makes it wrong is the fact that all these rich kids have another thing in common. They are unable to start a career by themselves (because of bad school grades). Because they cant find a career of their own and they dont want to rely on their parents, they become penganggur. How stupid is that? If you cant find a career, ask help from your parent laaa ... menganggur buat apa? Mintak tolong parent malu, menghabis beras kat rumah tak malu .. Bongok ke ?These rich kids are stupid in various ways. First they absolutely have no idea what is hard life. To them, hard life is probably having to wash your own clothes, dishes and cook the food. They have no idea how blessed it is to have successful parents. Yet, they are "asking" for hard life.Second, these kids dont realize that having successful parent means the door to pursue riskier but brighter future is open for them. Successful parent is like an insurance. If you fail, you can get help. Failure is not a bad thing.Third, they dont realize that sometimes our ambitious parents could not achieve what they want just because umur tak panjang. For example, let say my father wants his company to be the biggest in KL, but he couldnt do it because he's already old, what's wrong with me to take over the company and pursue his dream? Isnt that a noble job that a child can do for his parent?Fourth, these kids dont realize that it doesnt matter where you start, but it does matter where you end up. For example, some rich kids dont want to take over the business because if they do, they look like they do not achieve much in life (Yelah, masuk-masuk dah jadi CEO). This is wrong. Kalau masuk-masuk dah jadi CEO, cubalah kerja keras supaya boley jadi CEO for 3-4 more companies, kan bagus. Maju ekonomi Melayu. Doesnt matter where you start as long as when you retire, you are way higher than where you started. IF you can do that, nobody will look down on you. If you started as a CEO and then retired as the same CEO, then that's really bad. Buat ape nak berlagak, belajar rendah diri, terima bantuan orang (bukan orang lain pun, parent sendiri) and put your hard work in a more beneficial direction.To all those rich kids, be an opportunist. Grab any opportunity you can get and work hard. You are doing this for the sake of your family and your race. Dont waste their future just because you think "its not cool." Even Bill Gates doesnt look cool (nerdy :) )Enuff ranting for today...

Monday, July 14, 2008

Pesona Seorang Jejaka

Kepingan-kepingan kain ini dijadikan pakaian bagi menghidupkan jiwa luhur lelaki.
GAYA, mutu, keunggulan. Satu slogan yang cukup mesra di pendengaran. Melambangkan ketinggian prestij jenama dunhill dalam keterampilan jejaka.
Sejak tahun 1893, dunhill sentiasa berbangga kerana menghasilkan produk-produk tempahan khas berasaskan permintaan para pelanggannya. Dengan itu, ia boleh memastikan segenap kehendak mereka dapat dipuaskan.
Hari ini, keadaan itu masih berterusan. Khidmat tempahan menjahit dunhill yang telah dimulakan sejak tahun 2003, mempamerkan keunggulan kerja-kerja jahitan.
Dengan seleksi 250 kain terhalus Britain dan Itali serta aneka pilihan siluet, dunhill bersedia menghasilkan sut, jaket, seluar mahupun kemeja yang dapat disesuaikan dengan sebarang gaya, mood dan majlis m engikut tempahan.
Terbina sekitar lambang House, iaitu blok sut St. James, ia diinspirasikan daripada sut Savile Row yang arketip dengan beberapa ciri lazim sentuhan dunhill.
POTONGAN yang lebih langsing didefinisikan oleh pinggang yang ramping, dada yang bidang dan bahu yang tirus.
Potongan yang nampak lebih langsing didefinisikan oleh pinggang yang ramping, dada yang bidang dan bahu yang tirus. Oleh kerana itu, menyuntik elemen moden dalam jahitan tradisi yang mengagumkan.
Setiap sut melalui 165 operasi berasingan yang teliti, dilakukan oleh pakar-pakar dunhill, dengan kira-kira 200 kepingan tunggal bersatu membentuk sehelai jaket. Setiap jaket dibina menggunakan bahagian depan kanvas terapung, maka ia sentiasa 'berbentuk' pada saban waktu.
Bagi musim bunga/panas 2008, dunhill menawarkan inspirasi berasaskan koleksi pakaian lelaki dunhill bermusim. Berdasarkan kepercayaan bahawa kepingan-kepingan kain 'kegemaran' yang bersifat bergaya namun terlestari, pakaian-pakaian ini dibuat bagi menghidupkan jiwa luhur lelaki.
Tidak meminggirkan unsur aktif dan sentiasa bergerak, dunhill terus mendapatkan khidmat kilang-kilang terbaik di Itali dan Britain secara eksklusif. Ia bagi menyajikan tenunan pintalan tinggi dengan ketahanan semula jadi yang mengagumkan beserta kejituan pemulihan.
Rangkaian 110 fabrik yang menawarkan keutuhan terunggul namun amat ringan dan kemasan mudah membolehkan ia sesuai dipakai dalam tekanan panas bilik mesyuarat mahupun dalam parti taman.
Rangkaian 150 fabrik yang diadun cantik pula menyediakan gabungan ciri kemewahan gaya dengan kain bebenang bulu yang amat halus. Digunakan sebagai alternatif, sut formal ini termasuklah kelabu terang pic dan gaya pic, tona kelabu dengan jalur-jalur bebayang putih, jalur silang pangkah campuran kain bulu dan sutera serta hitam-putih Prince of Wales.
Sut klasik tapi moden boleh didapati pada ciri aneka fabrik pinstripe tradisional atau blok hitam. Gemerlapan sutera pula memberi efek pada sut tunggal tiga butang campuran sutera dan kapas mencetus sisi moden.
Jaket bertindan didatangkan dalam tekstur jalur warna lazim mana jaket tak bertindan didapati dalam warna biru muda dengan kain jalur kedut, fabrik tekstur kosong campuran bulu/linen/sutera atau retro berbelak.
FABRIK yang bersesuaian dengan pelbagai aktiviti.
Untuk kemeja pula, dunhill cukup terkenal dengan pembuatan pakaian itu yang menawarkan tujuh pilihan kolar, empat pilihan pergelangan tangan dan aneka pilihan bahagian depan dan kelepet.
Terbaru untuk musim bunga/panas ialah kemeja bertenunan putih piquet yang segar dan cantik, fabrik biru bayu diraja juga kapas poplin yang popular. Juga fabrik yang boleh didapati dalam warna putih dengan jalur merah jambu, putih dengan jalur berganda biru atau biru sejati dengan jalur putih.
Dalam masa enam minggu, pakaian yang ditempah dapat disiapkan. Meneruskan apresiasi mereka terhadap gaya hidup jejaka yang selalu bertugas di merata tempat, dunhill terus menyimpan data ukuran badan mereka di dalam fail. Maka, untuk pakaian yang seterusnya mereka boleh terus menghubungi dunhill memadai dengan telefon bimbit atau Blackberry.

Ilusi Si KURUS

Ilusi si kurus

Anda jejaka yang sangat kurus? Mari lihat tip berpakaian ini.
Memiliki berat badan yang ideal merupakan dambaan setiap insan, tidak kira perempuan mahupun lelaki. Namun begitu, bukan semua orang dikurniakan apa yang diinginkan.
Ketika ramai tidak berpuas hati kerana memiliki tubuh badan 'terlalu sihat', sesetengah pula bimbang akan berat badan mereka yang tiada menampakkan peningkatan. Bak kata orang, tubuh kurus macam 'tak cukup makan'. Masalah ini mungkin lebih merunsingkan jika anda seorang lelaki.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah tubuh yang terlalu kurus ini. Antaranya ialah faktor semula jadi seperti pembakaran kalori yang lebih pantas atau memiliki tubuh yang cenderung membakar lebih kalori.
Individu seperti ini sering disifatkan orang 'makan berpinggan-pinggan pun, macam itulah juga tubuhnya'.
Apa pun, kekurangan ini bukanlah alasan untuk anda tidak mampu berpenampilan menarik. Walaupun anda tidak memiliki sekujur tubuh yang tegap, sasa dan berotot, anda juga boleh tampil penuh berkeyakinan. Ilusi fesyen mungkin boleh membantu menyembunyikan kekurangan anda itu.
Pemilihan pakaian yang tepat mungkin boleh membantu anda kelihatan lebih berisi.
Elakkan baju yang terlalu ketatMemakai baju kemeja atau baju T yang terlalu ketat akan menampakkan sosok tubuh anda yang amat kurus. Pilihlah pakaian yang muat-muat pada tubuh anda. Memakai baju yang terlalu besar saiznya pula mungkin akan membawa efek lebih buruk. Anda mungkin kelihatan seperti lalang ditiup angin atau seakan sedang berenang dalam pakaian!
Beli blazer berpad leher yang kecil dan ringanMengenakan blazer boleh membuatkan anda kelihatan lebih berisi. Untuk membuatkan tubuh anda lebih sasa, belilah blazer yang berpad leher kecil atau ringan. Pad leher yang kecil akan membuatkan belakang dan dada anda memberi visual tegap. Sebaliknya, pad yang besar akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam baju orang dewasa.
ILUSI fesyen boleh membantu menyembunyikan fizikal anda yang amat kurus.
Pakai seluar potongan lurusSeluar anda sewajarnya berpotongan klasik atau potongan lurus di hadapan. Poket pada seluar juga menambah ilusi lebih besar sedikit, begitu juga kelepet pada hujung seluar.
KeseragamanBila anda berpakaian, pastikan baju dan seluar anda seragam saiznya. Ketidakseragaman dari segi saiz atau keketatannya akan membuatkan anda kelihatan lebih teruk lagi. Sebagai contoh, bayangkan jika anda memakai jaket atau baju panas yang besar dengan memakai seluar jean yang ketat melekap di kaki, bagaimana agaknya rupa anda?
Tempah pakaianMenempah pakaian membolehkan anda memakai pakaian yang tepat saiznya dengan tubuh anda. Elakkan sebarang kelonggaran pada bahagian bawah lengan dan kawasan leher.
Pakai jaket yang tepatJika anda memakai jaket sebaik-baiknya pastikan panjangnya betul-betul jatuh di bawah punggung anda. Memakai jaket yang lebih pendek menampakkan kekurusan anda manakala jaket yang terlalu besar membuatkan anda seperti sedang berselimut.
Elak baju berpotongan leher VBaju berpotongan leher V menampakkan leher anda dan kekurusan. Oleh itu, pilihlah potongan leher turtle neck atau crewneck. Mengenakan butang sebanyak yang mana juga, boleh menampakkan anda lebih besar. Jika blazer perlu berpad leher yang kecil, kolar kemeja pula sebaiknya yang agak besar dan menyeluruh sedikit.
Fabrik yang tebalSelain daripada memakai blazer, memakai fabrik pakaian yang tebal juga akan menampakkan tubuh yang lebih besar. Pilih fabrik kapas atau bebenang bulu yang tebal.
Elakkan corak jalur tegakMemakai baju bercorak jalur yang menegak akan membuatkan anda lebih langsing. Jalur yang melintang mungkin lebih baik kerana ia membuatkan tubuh anda nampak lebih lebar. Corak-corak kotak atau motif-motif lain mungkin lebih sesuai untuk anda.

MUTIARA KATA

Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.-Dr.'Aidh Al-Qarni.

" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN " --AL IMAM HASSAN AL BANNA—

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN.... BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR... TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....-IMAM AL GHAZALI-
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” -Rasulullah s.a.w-

Wednesday, July 2, 2008

Cinta Tak Direstui


Assalammualaikum...


Sedih bila impian ingin menjadi sepasang kekasih akhirnya tidak kesampaian kerana tidak direstui oleh orang tua.Itulah yang dialami oleh diriku sendiri.Aku tak tau apa yang harus aku lakukan?Kedua-dua orang tua melarang keras hubunganku dengan teman lelakiku kerana mereka mengganggap kerjayanya tidak akan menjamin masa depan.Bagi aku,aku tdk kisah dgn kejayanya krn itu adalah rezekinya.Cuma yg aku harapkan agar dia dpt bertanggungjawab membimbing aku kearah kebaikan sbg umat islam dan juga dpt membahagiakan aku.
Ayah dan emakku tetap melarang keras hubunganku dgnnya dan memberi amaran jika aku tetap dgn keputusanku,dia tdk akan mengambil tau ttg diriku lagi dan tdk akan membuat majlis perkahwinanku.Sebagai seorang anak,Aku tidak sanggup utk mengengkari kehendak emakku kerana aku amat menyayangi kedua-dua org tuaku melebihi diriku sendiri.Tetapi,aku juga tdk sanggup utk melukai hati teman lelakiku.
Bingung aku memikirkannya.Aku tidak mahu dianggap sbg anak derhaka dan pada masa yg sama,aku tidak sanggup melihat dia kecewa.Sehinggakan,akhirnya,aku... sendiri membuat keputusan menerima teman lelakiku dan hidup bahagia .tetapi,aku juga tdk mahu melihat. Adakah Betul Tindakanku Ini? Tapi demi hati dan kehidupan aku aku sanggup bersamanya yang akan menjadi suami aku selama-lamanya...

2 TUJUAN BESAR

Dalam kehidupan ini, hanya ada 2 tujuan besar yang harus dihadapi, cinta dan kematian... Kalau bisa menempuh kedua-dua ini, kita akan bersedia untuk hadapi apa saja yang datang dalam hidup kita..." -petikan dari filem Tentang Dia "Aku mungkin enggak tahu apa yang kamu rasa ini, tapi satu hal aku tahu, aku enggakkan pernah meninggali kamu..." - Tentang Dia "Happiness is hard to come by in this world, but you have given me more than my share..."