Sunday, July 20, 2008

TipS Berfesyen

| Tips berpakaian untuk lelaki | Tips berpakaian untuk wanita |
Keterampilan diri seiring dengan tuntutan semasa, lelaki hari ini dilihat mula memberikan perhatian terhadap aspek penampilan diri walau dimana mereka berada. Berpakaian kini tidak lagi hanya menutup tubuh tetapi juga menjadi lambing atau symbol statusseseorang individu. Sebab itulah, jika diperhatikan aliran fesyen tempatan, fesyen lelaki juga turut berubah dari semasa ke semasa.

Cara berpakaian menterjemahkan imej, symbol dan status dan kamu perlu berhati-hati dalam soal berpakain agar tidak kelihatan janggal dan canggung. Untuk itu adalah penting kamu perlu sentiasa tampil elegen dan presentable. Tidak tahu bagaimanakah caranya? Semak beberapa tips di bawah dan pastikan kamu bijak mengenali kelebihan dan kekurangan bentuk badan kamu untuk mengetahui samada sesuai atau tidak dengan penampilan dan diri kamu. Yang paling penting kamu tidak tersalah pilih pakaian.

Pakaian ke tempat kerja

Sebelum mengenakan pakaian ke tempat kerja kamu seharusnya mengambil kira apakah jenis pekerjaan kamu, jawatan kamu, aksesori yang sesuai dan sebagainya

Jenis Pekerjaan
Jika kamu bekerja di sector perbankan atau agen insurans, sebaiknya kamu perlu menjadikan blazer sebagai pakaian harian kerana kamu akan kelihatan lebih berkeyakinan. Sebaliknya jika kamu bekerja sebagai wartawan, pegawai jualan iklan ataupun bekerja di syarikat penerbitan filem, cukup sekadar dengan tampil ‘smart kasual sahaja’.

Jawatan
Jawatan yang dijawat oleh seseorang juga menjadi pengukur pakaian yang perlu dipakai semasa ke pejabat agar ia seiring dengan tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya berjawatan tinggi, seeloknya kamu sentiasa tampil kemas lengkap bertali leher dan blazer

Keperluan Lelaki
Menurut pereka fesyen, Patrick Robinson, antara tips yang boleh kamu jadikan panduan dalam berfesyen , sebaiknya pastikan kamu memiliki kemeja atau kemeja T dari warna-warna lembut dan seluar panjang dari warna gelap sama ada berpotongan lipatan di bahagian hadapan ataupun polos. Sementara itu, bagi lelaki yang bekerja di pejabat yang berhawa dingin, pastikan kamu memiliki jaket untuk menghangatkan tubuh. Dan lengkapkan dengan aksesori lain seperti tali leher, jam tangan, tali pinggang dan sebagainya.

Tampil Lebih Yakin
Dalam berpakaian, kaum lelaki seharusnya tahu apakah pakaian dan gaya pilihan kamu. Ia kerana gaya pilihan tersendiri dapat membantu kamu berasa selesa dengan gaya tersebut. Secara tidak langsung ia akan membuatkan anda sebagai seorang lelaki dapat tampil dengan lebih yakin. Selain itu, kamu juga seharusnya tahu seba sedikit tentang jenis-jenis bahan untuk menghasilkan pakaian tersebut bagi memudahkan kamu menyesuaikannyadengan acara yang bakal kamu hadiri. Misalnya kamu perlu tahu pakaian diperbuat daripada bahan yang berasaskan bulu juga sesuai digayakan oleh lelaki. Manakala pakaian daripada bahan yang tidak kusut pula selalunya menjadi pilihan lelaki kerana apabila ia sesuai untuk digayakan sewaktu ‘out-station’. Pakaian yang diperbuat daripada bahan kapas pulalebih lembut, dingin dan selesa dipakai. Sekiranya anda lebih banyak menghadiri acara formal, lebih baik kamu memilih kemeja daripada bahan kapas. Sementara itu, pakaian yang di datangkan dari bahan ‘polyester’ sudah banyak dipasaran yang terdiri daripada pelbagai jenis. Secara umumnya pakaian dari bahan ‘polyester’ boleh membuatkan kamu tampak lebih seksi.

Ingin bergaya dengan pakaian pejabat? Mari kita dapatkan tip terlebih dahulu. Mungkin ia berguna dan dapat membantu anda menyerlahkan penampilan.