Sunday, July 20, 2008

Fesyen LELAKI

Satu idea untuk semua. Setiap lelaki perlu memiliki sekurang-kurangnya sehelai pakaian berwarna pink? Selain daripada membanyakkan koleksi warna pakaian anda agar tidak membosankan, warna pink boleh membuatkan penampilan anda lebih berkarisma dan menyerlahkan penampilan anda. Kemeja sporty daripada kombinasi corak berjalur untuk penampilan ranggi.

Si jejaka tampil lebih tampan dengan baju lengan panjang dengan sulaman kotak-kotak didada. Warna lembut memberikan impak romantis pada si jejaka. Sesuai dipadankan dengan jeans ataupun khakis.
Kasual dengan padanan kemeja merah menarik dengan corak bunga abstrak bersama seluar slack tampak bergaya. Walaupun gaya ini kasual tetapi tetap nampak bebas, sesuai untuk menghadiri majlis atau untuk bersantai bersama yang tersayang

Kemeja berjaket daripada kombinasi warna hijau sesuai untuk penampilan pada hujung minggu. Ia sesuai untuk lelaki yang ranggi..


Bergaya dengan kemeja panjang putih dipadankan dengan jeans hitam. Kombinasi dua warna kontras ini memberikan ilham menarik dalam gaya semasa. Biarpun tiada warna semarak cinta, namun penampilan nampak klasik dan bergaya. Walaupun tampil ringkas dan santai namun penampilan buat si jejaka tetap menyerlah dan bergaya. Bagaimana? Tak ingin mancuba?

Kemeja berlengan panjang sesuai untuk penampilan majlis formal. Ia juga sesuai untuk lelaki yang bergaya ke pejabat.

No comments: